Monday, November 22, 2004

2. Tidur....dan terjaga

Keheningan hari ini diselang seli dengan hingar bunyi panggilan telefon
mengantuk...

hampir saja ku terlena di depan peranti paparan yang memedihkan mata ini, tapi apakan dayaku...inila punca poket ku

hari hampir gharib, waktu kerja ku hampir bermula, itulah kerja di sabil-Nya, kerja gila yang dibuat oleh noah, tapi adakah noah itu orang gila? atau mereka yang gila?

meninggikan sesuatu yang hampir roboh, yang dihinakan, yang terhimpit dan disepit...MAJNUN dibuatnya....



Friday, November 19, 2004

First Msg

5 Syawal 1425 / 19 November 2004....
baru 5 hari beraya dan genap seminggu usiaku 23 tahun.

Hari-hari mendatang akan lebih memberi cabaran padaku, itu adalah sesuatu yang pasti. Dan kepastian itu bukan hanya satu pengetahuan tetapi satu pengertian, satu takwilan dan satu tafsiran bahawa AKU PASTI MENEMPUHNYA...