Wednesday, December 29, 2004

Penempatan PTD

hari ini genap 10 hari aku di IKWAS ni, "menjadi PTD yang UNGGUL" itulah matlamat utama kursus ini. Bermula dari 20 disember sampai la ni, bermacam-macam pengalaman aku dapat (pasal yang ni nanti aku tulis panjang-panjang), saat paling mendebarkan...........posting

Friday, December 10, 2004

12 TAHUN...posto malaya

12 tahun; Jika berpandukan sistem KBSR, pada umur ini kanak-kanak Malaysia sepatutnya telah berjaya menguasai 3M, membaca, menulis dan mengira. Sebelum kanak-kanak ini memasuki tingkatan seterusnya, penguasaan mereka akan dinilai melalui UPSR.

20 hari lagi genap 12 tahun POS malaysia diswastakan, dan ini bermakna sudah 12 tahun POS malaysia dikendalikan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan urusan pos se-Malaysia. Jadi pada usia ini, sebelum masa terus berlalu, wajarkah kerajaan membuat penilaian terhadap prestasi POS Malaysia Berhad?

pada aku jawapannya sangat wajar!

sepanjang 12 tahun terlalu sedikit perubahan yang dapat dilakukan. Dari segi servis masih sangat kurang memberangsangkan dan kalau ikut kata hati aku nih daripada 10 markah aku bagi 3 sahaja.

12 tahun bukan masa yang singkat, 12 tahun sudah cukup untuk mengajar kanak-kanak membaca menulis dan mengira, tetapi 12 tahun belum cukup untuk menjadikan POS malaysia pandai membaca pun...

adakah 12 tahun tak cukup untuk membaca PASARAN? adakah 12 tahun tidak cukup untuk membaca PERKHIDMATAN CEMRLANG? adakah 12 tahun tidak cukup untuk membaca MASA HADAPAN?

Persoalannya, tidak cukup masa atau tidak bekerja? salah pekerja atau salah pengurusan? salah dasar atau salah tindakan? jadi hisablah sendiri...

Sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di setiap daerah, pekerja beribu-ribu orang, modal berbayar berjuta-juta, dan yang paling penting sekali yang di dokongi kerajaan masih mengamalkan gaya kerja atau budaya kelas 3? mungkin tak semua begitu, tapi itulah yang di zahirkan.

posmen buang surat, bangunan usang, surat sampai lambat dan macam-macam lagilah...

sepatutnya dalam usia 12 tahun POS Malaysia sudah boleh menyaingi DHL, ABX, UPS atau syarikat kurier yang lain, mempunyai rangkaian antarabangsa, bungkusan sampai dimuka pintu bila sampai waktunya, pekerja yang profesional, fasiliti kelas 1.

tapi yang terjadi sekarang....POSLAJU pun dah tak laju, mungkin tertipu dengan istilah "Kelajuan Membunuh". POSEKSPRESS pun dah tak ekpsress sebab bas ekpress banyak eksiden, yang dijamin sampai esok, sampai minggu depan.

hem itulah yang terjadi kalau pekerjanya pekerja pos, syarikatnya syarikat POS Malaysia, tapi cara kerjanya tak ikut standard POS. Jika semua orang profesional dan sentiasa berda di atas standard, aku pasti perkhidmatan POS kita takkan seteruk ini.....

banyak lagi yang hendak ditulis....tapi sekarang ni aku tengah pening, surat perjawatan aku tak sampai lagi...dah 4 hari mak aku kirim POSLAJU....arghhhhh...

Wednesday, December 01, 2004

Hijrah

28 November 2004

aku serahkan surat letak jawatan kepada majikan ku sbelum matahari terbenam semalam...bukan mudah melepaskan sesuatu yang kita telah biasa dengannya, dan tidak mudah bagi kita melupakan sesuatu yang bersifat awalan, pertama. manusia tidak akan lupa nombor 1 berbanding nombor yang ke sekiannya...itu fitrah manusia.

namun kehidupan ini bukan untuk waktu ini sahaja, tetapi untuk hari mendatang, mungkin hari esok lebih mencabar dari hari ini. tetapi itu lumrah kehidupan, kita takkan tahu natijahnya jika kita tidak merancang, kita tak boleh berdoa sahaja tanpa berbuat, kalau sifat manusia itu suka membodek, dia tetap tidak boleh membodek Rob yang esa.