Friday, January 25, 2008

aku salah ke dia yg salah ni?

ada orang buat salah .. lepastu bagi nasihat.. lepastu dia kasi keluar balik apa aku cakap kat dia, bagi aku sangat panas...


orang bersalah cakap:
"kalau buat nanti kata orang tak boleh kontrol diri..."

dalam hati aku "dengar je la aku cakap apa.. yang nak komen tu buat apa? kalau boleh kontrol diri sukati hang la... no regret sebab aku dah cakap..."


orang bersalah cakap:
" kawen? tengokla prestasi.."

dalam hati aku " wow, dunt u believe? sad2..."


orang bersalah cakap:
"kurus sebab makan hati.."

dalam hati aku" memang la.. but i'm not lembut hati sgt.. kalau aku keras .. hem ulam jantung la .."


orang bersalah cakap:
" xjadi pegi s'wak? pikir pasal keje ke bende lain?"

dalam hati aku" hem i'm not that miserable k.. waras lagi niii.."


orang bersalah cakap:
"janji kalau tak buat nyesal.."

dalam hati aku" fuh.. still negatif to me a?.. dun u learn? mayb u never learnt... or will never"


patutkah? pls dun feel secure sebab aku rasa insecure.. i wont regret if anything happen.. i hv tried my very best, it's up to u sama ada nak assist me.. or nak tambah limau nipis campur cili sikit on my wound...

Tuesday, January 22, 2008

Bismillah...

emm harini aku nak tinggalkan emosi aku sekejap... aku nak tulis pasal nama...

apa ada pada nama?

semua bende ada nama... walaupun nama dia noname...

aku ada nama.. nama aku nooruladzim.. maksud dia cahaya keagungan.. sebab apa nama aku macamtu? sebab mak bapak aku yang nak nama aku macam tu.. dia nak anak dia menjadi cahaya yang agung.. bersinar bak mentari di kala jingga memuncul diri... (fuh hehehe..) sifat itula yang nak ditonjolkan pada diri aku...

cahaya... nampak.. tapi tak boleh pegang... terang... menyebabkan mata boleh melihat... kalau buta maknanya tak nampak cahaya... kalau takde cahaya kene pakai tongkat la..hehe tongkat nabi musa kot hehehe.. ok cukup.

back to isu utama... Bismillah.. Dengan Nama Allah.. apa ada pada nama Allah?

kenapa nak buat semua bende kena ada bismillah? hemm sekarang dah hanya tinggal baca-bacaan sahaja.. dah takde roh.. dah takde spirit of the aayah... kaku.. mati...

macaman nak dapatkan roh Allah? (ini takde kaitan dengan tasawuf ke ape ke..) maksud aku nak dapatkan apa yang Allah nak? kenapa kene baca bismillah? sebab mak kita suruh? ke sebab nak halau setan ke?

em fikir la ye... next week aku sambung...

Monday, January 21, 2008

Assyura - Mesyuarat... (10 Muharam)

yang ni sebahagian dari surah assyura.. tapi aku nak tanya korang.. hari assyura 10 muharram.. tapi bila cerita pasal assyura ni cerita dia zaman nabi nuh... masa tu dah ada ke tarikh 10 muharam ni? bukan ke muharam ni timbul lepas nabi hijrah?.. musykill..

tapi ada la ayat untuk kuatkan hati kita.. buat pedoman dan gunakan proses akal yang Allah dah bagi.. Pendengaran Penglihatan dan Hati...

emmm Allah mulakan dengan DAN (wa) sungguh2 Dia cakap.. mostly ayat ni sampai bawah start dengan DAN..

42. 37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.

sungguh2 Allah mintak kita kita jauhi keji dan dosa.. orang yang jauhi bende2 tu bila dia marah dia akan maafkan ... mungkin hati dia akan jadi lembut.. ataupun kalau nak jauhi dosa kita kene jadi orang yang pemaaf.. tak banas baran... susah jugak sebenarnya.. camana nak buat? tengah2 marah tetiba nak maafkan orang tu? betul2 kene didik hati kita jadi lembut nih... tapi banyak rasionalnya... cuba baca ayat seterusnya...


42. 38. Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

sebagai mengikuti seruan Allah... bawak-bawakla berbincang tapi ingat mesti shalat (berhubung dengan Allah dan dengan orang la jugak .. sholat -silah - hubungan) dan keluarkan zakat.. maknanya kene keluar modal la... air liur pun modal apa hehehe...


42. 39. Dan ( bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri.

bila kita rasa kita dizlimi.. kita kene pertahankan hak kita.. jangan biar.. biar kalah berjuang.. berani kerana benar.. (fuh bersemangat..)


42. 40. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa mema'afkan dan berbuat baik [1346] maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. [1346] Yang dimaksud "berbuat baik" di sini ialah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.

Allah kata.. what goes around.. comes around.. tapi lebih elok kalau kita maafkan dan berbuat baik.. dapat pahala lagi.. kalau kita balas silap2 kita plak yang dapat dosa... kerana mungkin kita balas terlebih sampai jadi zalim..


42. 41. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya,tidak ada satu dosapun terhadap mereka.

kalau kita bela diri kita tak dosa pun.. itu jadikan diri kita kuat dan lebih dipercayai..


42. 42. Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.

Allah kata jangan buat zalim ( zalim = tak letak sesuatu ditempatnya) dosa tuu... dan jangan melampau tanpa hak.. em sebab tu tadi dia kata jangan balas orang buat jahat.. nanti berlebih2 padahal hak kita balas ada limit.. bila terlebih blas.. dah bukan hak la tu.. kan dosa nanti


42. 43. Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.

hem sabar dan memaafkan... pesti jadi priority.. apa orang buat salah kat kita pun.. fokuskan pada sabar dan maaf... rasional diri kita.. insyaAllah.. kita dapat faedahnya ( sebab Allah dah janji camtu takkan dia tipukan..hehehe)


KESIMPULAN

1. Kalau marah - segera bagi maaf

2. kalau kita dizalimi (versi PAHALA)- kita akan marah - pertahankan hak kita -bela diri - pembalasan bukan urusan kita - memaafkan - sabar - pahala..

3. kalau kita dizalimi (versi DOSA) - kita marah - pertahankan hak - balas - tak maafkan - zalim pada orang tanpa hak - dosa

3. kalau ada problem -bawak2 la berbincang..



Friday, January 18, 2008

Asas Pemikiran = Akal...

hahaha aku nak ceramah agama sikit... sapa yang dah dengar dok elok2 ya.. jangan tidoq.. kang aku baling dengan pensil ni.. takpun aku korek idung korang dengan pensil ni...


16. 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

67. 23. Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.

32. 9. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur

23. 78. Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur


so korang hayati ayat dekat atas tu.. kalau kita fikir betul2.. itu la asas pemikiran yang perlu kita lakukan sebagai umat islam yang pandai baca Quran yang arab dan yang pandai baca bahasa malaysia...

Apabila kita keluar dari perut ibu kita... kita tak tau apa2 pun... so Allah bagi kita Pendengaran... sebab tu la memula baby kita kene azankan... nak test telinga dia dengak ke tak... haha tapi sebanrnya nak tiupkan roh azan dalam diri budak tu.. simbolik je pun (sebab budak tu bukan paham apa lagi hahaha...)

kalau kita tengok nature of baby la kan... (fuh hhuhu)... biasanya kita tepuk2 tangan ke.. kita panggil dia ke dia akan menoleh.. betul tak? (kalau dia tak pekak la..).. itu maksudnya nikmat yang Allah bagi ialah pendengaran......

apabila kita panggil dia dengar.. lepas tu dia akan menoleh.. dan disitulah datangnya penglihatan...

dan bila kita panggil dia cakap kat dia "meh2 ni abah ni.." so dia dengar perkataan ABAH.. kemudian dia toleh tengok orang yang cakap tu.. tengok muka... dan dilakukan berulang kali (proses belajar kene ulang2..) lepastu barulah datang nye hati tu tadi... hati itu akan menilai bahawa orang yang bercakap tu ialah abah...

PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN HATI .. itulah asas pemikiran kita untuk membuat keputusan...

kita kene dengar dulu apa orang cakap / atau boleh jugak dikira proses awal dapatkan maklumat (keratan akhbar/dokumen/video ke.. dll).... kemudian kita kene lihat buktinye... pastikan betul2 jadi... barulah kita buat keputusan.. (hati menilai..)

KALAU KITA NAK BUAT SESUATU... KITA DENGAR DULU.. KITA TEORI DULU... KITA CARI KESOHIHAN TEORI TU TAK KIRA LA GUNA UJIKAJI KE APEKA.. BARULA KITA BUAT KEPUTUSAN... barula bersyukur namanya

(konsep syukur = GUNA dan PAKAI apa yang dah diberi..)

katalah kita nak buat sesuatu bende.. kita rasa kalau kita buat tu mesti jadi mala petaka... dan kita pulak dah melaluinya (dah lihat bukti)... tapi kita buat jugak... tu maknanya kita tak gunakan pemberian pendengaran penglihatan dan hati tu tadi.. tu maksudnya TAK BERSYUKUR...

sebab tu Allah kata.. kalau kita tak guna pendengaran dan penglihatan atau dengan erti kata lain takde ilmu pasal sesuatu bende atau jahil.. (tak faham.. tapi buat jugak...) makanya macam ayat kat bawah tuu..

17. 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


KESIMPULAN

1. nak buat sesuatu mesti kaji dulu baik buruknye.. lepastu hati pilih nak buat yang baik ke nak buat yang buruk...
2. kalau kita tak gunakan asas pemikiran yang Allah dah bagi = tak bersyukur...
3. kalau kita dah tahu sesatu bende tu kalau kita ambik akan memburukan keadaan.. makanya asas pemikiran tadi dipertanggungjawabkan... (kira takde otak la ni.. dah tau salah buat jugak hahaha..)

39. 9. .... Katakanlah: "adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.