Friday, January 18, 2008

Asas Pemikiran = Akal...

hahaha aku nak ceramah agama sikit... sapa yang dah dengar dok elok2 ya.. jangan tidoq.. kang aku baling dengan pensil ni.. takpun aku korek idung korang dengan pensil ni...


16. 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

67. 23. Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.

32. 9. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur

23. 78. Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur


so korang hayati ayat dekat atas tu.. kalau kita fikir betul2.. itu la asas pemikiran yang perlu kita lakukan sebagai umat islam yang pandai baca Quran yang arab dan yang pandai baca bahasa malaysia...

Apabila kita keluar dari perut ibu kita... kita tak tau apa2 pun... so Allah bagi kita Pendengaran... sebab tu la memula baby kita kene azankan... nak test telinga dia dengak ke tak... haha tapi sebanrnya nak tiupkan roh azan dalam diri budak tu.. simbolik je pun (sebab budak tu bukan paham apa lagi hahaha...)

kalau kita tengok nature of baby la kan... (fuh hhuhu)... biasanya kita tepuk2 tangan ke.. kita panggil dia ke dia akan menoleh.. betul tak? (kalau dia tak pekak la..).. itu maksudnya nikmat yang Allah bagi ialah pendengaran......

apabila kita panggil dia dengar.. lepas tu dia akan menoleh.. dan disitulah datangnya penglihatan...

dan bila kita panggil dia cakap kat dia "meh2 ni abah ni.." so dia dengar perkataan ABAH.. kemudian dia toleh tengok orang yang cakap tu.. tengok muka... dan dilakukan berulang kali (proses belajar kene ulang2..) lepastu barulah datang nye hati tu tadi... hati itu akan menilai bahawa orang yang bercakap tu ialah abah...

PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN HATI .. itulah asas pemikiran kita untuk membuat keputusan...

kita kene dengar dulu apa orang cakap / atau boleh jugak dikira proses awal dapatkan maklumat (keratan akhbar/dokumen/video ke.. dll).... kemudian kita kene lihat buktinye... pastikan betul2 jadi... barulah kita buat keputusan.. (hati menilai..)

KALAU KITA NAK BUAT SESUATU... KITA DENGAR DULU.. KITA TEORI DULU... KITA CARI KESOHIHAN TEORI TU TAK KIRA LA GUNA UJIKAJI KE APEKA.. BARULA KITA BUAT KEPUTUSAN... barula bersyukur namanya

(konsep syukur = GUNA dan PAKAI apa yang dah diberi..)

katalah kita nak buat sesuatu bende.. kita rasa kalau kita buat tu mesti jadi mala petaka... dan kita pulak dah melaluinya (dah lihat bukti)... tapi kita buat jugak... tu maknanya kita tak gunakan pemberian pendengaran penglihatan dan hati tu tadi.. tu maksudnya TAK BERSYUKUR...

sebab tu Allah kata.. kalau kita tak guna pendengaran dan penglihatan atau dengan erti kata lain takde ilmu pasal sesuatu bende atau jahil.. (tak faham.. tapi buat jugak...) makanya macam ayat kat bawah tuu..

17. 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


KESIMPULAN

1. nak buat sesuatu mesti kaji dulu baik buruknye.. lepastu hati pilih nak buat yang baik ke nak buat yang buruk...
2. kalau kita tak gunakan asas pemikiran yang Allah dah bagi = tak bersyukur...
3. kalau kita dah tahu sesatu bende tu kalau kita ambik akan memburukan keadaan.. makanya asas pemikiran tadi dipertanggungjawabkan... (kira takde otak la ni.. dah tau salah buat jugak hahaha..)

39. 9. .... Katakanlah: "adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

No comments: