Tuesday, February 21, 2006

Air Semayang = Suci

Hem tetiba kau terfikir fasal cara-cara kita ambil wudhu @ air sembahyang. Mula-mula basuh muka, lepas tu basuh tangan, lepas tu basuh kepala dan akhir sekali basuh kaki. Mengikut fahaman aku daripada ajaran cikgu-cikgu aku dulu, wudhu perlu diambil bila kita nak menyucikan diri dari hadas kecil, bila kita dah suci barulah kita boleh solat ke, baca quran ke dan apa-apa lagi yang perlu suci. Itu dari sudut keAgamaan la, tetapi setelah kupikir-pikir, sebenarnya segala perbuatan kita ni mungkin ada muhkamat ada mutasyabihatnyaa.. wudhu adalah untuk menyucikan diri dari sudut ritualnya la, tapi pernah tak kita terpiki mutasyabihatnya?

Untuk menjadi seorang yang suci itu kita mestilah mempunyai penampilan yang bersih. Penampilan yang bersih boleh dilihat dari air muka seseorang, mungkinkah dengan membasuh muka merupakan makna tersirat penampilan yang bersih? Personaliti yang bersih?

Keduanya, mambasuh tangan, dengan adanya tangan kita boleh melakukan pekerjaan kita seharian, cuba bayangkan kalau kita takde tangan, camana nak makan? nak menulis apatah lagi, hem mungkin dengan membasuh mentaksirkan segala perbuatan kita mestilah bersih.

Seterusnya, menyapu air di kepala. Kita dah ada penampilan yang bersih, dan perbuatan yang bersih, ritual membasuh kepala menunjukkan yang fikiran kita pun kene bersih. Kena suci daripada segala macam perkara yang boleh menyebabkan kecelaruan didalam perbuatan kita. Jika kita mempunyai ilmu dan ingin mengamalkannya, semestinya perlakuan berfikir itu diperlukan agar amalan itu dapat dilaksanakan dengan bersih dan suci.

Akhir sekali, membasuh kaki. Langkah kita mesti betul. Seperti selepas kita mengambil wudhu, langkah kita akan dihalakan untuk melakukan ibadah. Begitu juga secara realitinya, langkah kita mestilah dihalakan kepada perkara-perkara yang bersih dan mengikut kehendak-Nya.

Selain perkara-perkara wajib didalam wudhu di atas. Terdapat perkara-perkara sunat yang lain, seperti berkumur-kumur - mestilah bercakap perkara yang elok-elok sahaja. Membasuh telinga-mendengar perkara yang elok sahaja.

Secara kesimpulannya, sebenarnya banyak perkara yang kita amalkan mempunyai maksud lain yang boleh kita fikirkan dan amalkan agar segala kerja buat kita berada di atas landasannya. Itu la serba sedikit pendapat aku.

Sekian lama...

waaa lamanya tak tulis dalam ni...aku pun dah telupa. Hampir setahun, macam-macam aku dah buat, macam-macam aku dah fikir, tapi satu pun aku tak tulis dalam blog ni, sangat merugikan betul... aku rasa aku nak start tulis balik, bermula dari sekarang..1..2..3.. GO!