Friday, April 03, 2009

April-Mei-Jun 2008

(dah setahun.. aku tak buat apa dalam ni.. tengah buat hskeeping PC.. daripada aku delete.. aku rasa better aku paste je dalam blog....)


April Mei Jun, tiga-tiga macam nama perempuan kan? April macam nama awek Filipino (GRO ke hahaha)), Mei, Mei Hua macam tajuk lagu 90-an dolu-dolu dan Jun, Junaidah nama bini P. Ramlie yang ke-1 (dia ada 3 bini oo).

So semua pasal perempuan. Bermula dengan April Fool sehingga ke Hari Buruh dan seterusnya ke Hari Gawai semuanya bermaksud berbeza-beza pada setiap manusia sebab hati dan raga tidak memberikan sebarang janji untuk sinonim bersama. Rambut sama hitam…

April
Aku mulakan bulan ini dengan tenang secara bertenang. Bukan sebab memang tenang tapi aku menenangkan diri tanpa huru hara, tanpa rasa marah, tanpa rasa dendam, Cuma kecewa.

Buat kali ke berapa ntah aku tak tau, tapi yang aku tau secara nyata, tiga kali. Baik berterus terang dari duduk dalam hitam tak nampak bayang-bayang. Bila datang cahaya, hitam terang, bayang muncul. Aku tak nak tengok dah bayang-bayang tu, letih.

Aku rasa jalan aku makin jauh, makin panjang, makin lama makin tak nampak penghujung. Buat aku terfikir, mungkin aku tak perlu lagi teruskan jalan ini, aku masih ada jalan untuk ke kanan, masih ada jalan untuk ke kiri, U-turn ke jalan mula2 dulu? No No No No! (Sambil dengar lagu Substance Seducer..)

Mei
Labour Day. Bulan ini dimulakan dengan title Pencari Bakat Baru SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam la... bukan SPA Q). Seminggu, macam-macam aku nampak jenis orang. Kecik, bulat, beso, tirus, kerempeng, tiang lampu, cantik, tak cantik, hensem, semua bukan ukuran, yang penting boleh jawap soalan aku, ada personaliti, aku letak bawah lantik terus, kalau ok sikit letak bawah simpanan lantikan. Bagi yang tak berjaya ada sebab aku gagalkan mungkin bukan sebab takde gaya, tapi sebab aku tahu mungkin lantikan boleh susahkan korang. Bapak jauh, anak jauh, kesianilah mereka...

Semakin jauh, aku jadikan diri aku mirroring sistem, berjalan selari. Dah tentulah satu real dan satu lagi backup (ke ilusi?). Mempergunakan sesuatu untuk melupakan yang lain. Gunakan ilusi untuk tinggalkan nyata. Nyata menyakitkan, ilusi menghiburkan. Jangan bermain jika kita tahu ia akan menyakitkan. Tapi aku tetap bermain dengan ilusi, dan akan kupastikan ia tidak menyakitkan.