Monday, April 04, 2005

SIKAP...

2. 256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut [162] dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [162] Thaghut, ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.



hari ni aku nak tulis pasal SIKAP...selalu aku dengar ayat laikrahafiddin nih. (al-baqarah-256)..orang kata ayat ni ditujukan kepada orang kafir yang tak mahu masuk Islam. Dan aku yang selalu menogkah arus ini akan dituduh mengarut dan sesat hanya kerana meminta mereka berfikir semula tentang ayat nih...sebab aku cakap ayat ni untuk SEMUA orang termasuk orang Islam sendiri...

apa yang aku faham dengan ayat ni: Allah tak paksa sesiapa pun nak ikut Islam tapi SUDAH JELAS jalan yang haq dan jalan yang bathil....ini bermakna ayat ini ditujukan kepada mereka yang dah faham tentang Islam...tidak kira kafir mahupun yang dah Islam. Jadi Allah mintak orang yang dah FAHAM itu tadi memilih sama ada nak ikut Allah atau nak kafir (ingkar).

Sebab kalau kita lihat kehidupan kita sekarang berapa banyak orang yang mengaku Islam tetapi dari segi perbuatannya tak melambangkan Islam langsung. Adakah mereka tidak tahu berzina, judi dan arak itu HARAM? Tapi mengapa masih berlaku? Kerana mereka tidak ingkar pada thogut...

Jadi pada pendapat aku, apa yang Allah ingin tonjolkan pada ayat di atas adalah berbalik kepada SIKAP manusia, dah tahu tapi tak nak ikut, dah faham tapi buat-buat tak faham, SIKAP manusia itu sememangnya tidak boleh diubah melainkan diri orang itu sendiri yang ingin mengubahnya.

Saya tak boleh ubah SIKAP si Karim dan Karim juga tidak boleh ubah SIKAP saya, maka pokok pangkalnya KITA SENDIRI YANG BERUBAH...amacam SANGGUP?!!

1 comment:

Anonymous said...

hmm... bila kita sedar mana yg haq mana yg bathil tp kita buat2 lupa mana jln pemisah antara kedua2nya maka kita hanyut...

sedar akan ZINA (arak dan judi) itu haram?

_d score_