Thursday, November 23, 2006

Raja dan Kerajaan Membuat Pilihan

Hidup ini adalah membuat pilihan, buat keputusan. Siapa yang buat pilihan, siapa yang buat keputusan? Siapa menjadi raja, dialah pemilih, dialah pemutus... Hidup kita, kitalah raja... tetapi sejuah mana keRajaan kita untuk memilih dan memutus?

Raja itu berkuasa. Raja membuat keputusan atau Kuasa membuat keputusan. Raja tetapi tiada Kuasa buat keputusan adakah itu Raja? Siapa Raja? Siapa Kuasa?

Dari mana datangnya kuasa? Mungkin dari Permaisuri, Permaisuri yang berkuasa, Permaisuri Queen Control. Mungkin dari rakyat, rakyat yang berkuasa, Dewan Rakyat. Benarkah rakyat yang berkuasa? Orang kebanyakan? Mungkin atau memang sebenarnya Tuhan yang berkuasa, Tuhan yang berikan kuasa, kalau tuhan berikan kuasa makanya, kuasa pemutus, kuasa memilih mestilah mahu ikut kehendak Tuhan. Tapi, bagaimana mahu tahu itu kemahuan Tuhan? Setelah selesai diri kita membuat keputusan? Jawapannya nanti, sudah takdir Tuhan... dah nasib kita begini... tuhan nak tunjuk...

Jadi bagaimana mahu tahu kehendak tuhan sebelum kita buat keputusan? Mungkin sudah tertulis di Al-Quran... Atau mungkin dari Hidayah Tuhan... Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku petunjuk untuk membuat keputusan... Ku tidak tahu, mahu kehilir atau ke hulu, menongkah arus atau mengikut arus, menjadi biasa atau luar biasa, mahu melepasi awan atau duduk sahaja dibumi, ku tidak tahu adakah yang aku mahu itu adalah kehendakmu Tuhan... Aku mahu hidup, aku mahu hidup berkuasa memutus mengikut kehendakMu...

Tuesday, June 06, 2006

takde arah nak kutuju...

aku dah takde arah dah... tak tau nak pergi mana... rasa kosong... aku rasa aku dah jatuh dalam tong tu semula... semalam aku tertidur masa tengah buat paper makluman jemaah menteri dekat ofis... aku mimpi... aku jawap call... i talked to someone... lelaki... aku kenal orang tu... orang tu tanya... kenapa dah lama tak datang?... aku tak boleh nak jawab... lepastu aku terbangun... rupa-rupanya bos aku pun terlelap kat sofa bilik aku... letih... aku dah bengong dah... apa maksud mimpi tu?.. aku dah teringat kat satu kisah.........

kita hidup ni biarlah bukan macam lembu. pagi pergi cari makan sampailah ke petang, lepas abis dapat makanan balik la lembu-lembu ni ke kandang dia... lepas tu lembu-lembu ni pun buat la apa yang patut dan lepastu tidur bagi menghilangkan keletihan sampai esok pagi. pagi esok lagi lembu ni keluar lagi cari makanan... macam tu la kehidupan lembu sehari-hari...... macam lembu ke aku sekarang?

apa yang membezakan manusia dengan lembu? hanya membiarkan nasib sehari-hari dengan kehidupan yang penuh dengan kebosanan dan plain... takde kaler2...

atau buat satu lompatan paradigma yang menyebabkan sinus-sinus neuro bergerak secara aktif kesana dan kemari? mampu ke aku sekarang buat macam tu? mampu ke??

yang pasti aku dah korek lubang... aku campakkan diri aku dalam lubang tu... lepas tu aku menjerit mintak tolong orang keluarkan aku dari lubang tu... bodoh!!

aku sendiri yang menungkah arus, tapi sekarang aku dah hanyut dengan arus tu, hanyut sampai ke hujung... rasa-rasanya ada ke sahabat-sahabat aku yang sama-sama dok menongkah arus tu boleh tolong aku? diorang dah jauh ke depan... aku hanyut ke belakang... apa yang aku tak cukup? jiwa? raga? nyawa? apa kurangnya aku?

aku pasti suara yang menjelma masa aku tidur tu nak mengingatkan aku... tapi aku takut dengan bayang-bayang aku... pengecut...

Tuesday, February 21, 2006

Air Semayang = Suci

Hem tetiba kau terfikir fasal cara-cara kita ambil wudhu @ air sembahyang. Mula-mula basuh muka, lepas tu basuh tangan, lepas tu basuh kepala dan akhir sekali basuh kaki. Mengikut fahaman aku daripada ajaran cikgu-cikgu aku dulu, wudhu perlu diambil bila kita nak menyucikan diri dari hadas kecil, bila kita dah suci barulah kita boleh solat ke, baca quran ke dan apa-apa lagi yang perlu suci. Itu dari sudut keAgamaan la, tetapi setelah kupikir-pikir, sebenarnya segala perbuatan kita ni mungkin ada muhkamat ada mutasyabihatnyaa.. wudhu adalah untuk menyucikan diri dari sudut ritualnya la, tapi pernah tak kita terpiki mutasyabihatnya?

Untuk menjadi seorang yang suci itu kita mestilah mempunyai penampilan yang bersih. Penampilan yang bersih boleh dilihat dari air muka seseorang, mungkinkah dengan membasuh muka merupakan makna tersirat penampilan yang bersih? Personaliti yang bersih?

Keduanya, mambasuh tangan, dengan adanya tangan kita boleh melakukan pekerjaan kita seharian, cuba bayangkan kalau kita takde tangan, camana nak makan? nak menulis apatah lagi, hem mungkin dengan membasuh mentaksirkan segala perbuatan kita mestilah bersih.

Seterusnya, menyapu air di kepala. Kita dah ada penampilan yang bersih, dan perbuatan yang bersih, ritual membasuh kepala menunjukkan yang fikiran kita pun kene bersih. Kena suci daripada segala macam perkara yang boleh menyebabkan kecelaruan didalam perbuatan kita. Jika kita mempunyai ilmu dan ingin mengamalkannya, semestinya perlakuan berfikir itu diperlukan agar amalan itu dapat dilaksanakan dengan bersih dan suci.

Akhir sekali, membasuh kaki. Langkah kita mesti betul. Seperti selepas kita mengambil wudhu, langkah kita akan dihalakan untuk melakukan ibadah. Begitu juga secara realitinya, langkah kita mestilah dihalakan kepada perkara-perkara yang bersih dan mengikut kehendak-Nya.

Selain perkara-perkara wajib didalam wudhu di atas. Terdapat perkara-perkara sunat yang lain, seperti berkumur-kumur - mestilah bercakap perkara yang elok-elok sahaja. Membasuh telinga-mendengar perkara yang elok sahaja.

Secara kesimpulannya, sebenarnya banyak perkara yang kita amalkan mempunyai maksud lain yang boleh kita fikirkan dan amalkan agar segala kerja buat kita berada di atas landasannya. Itu la serba sedikit pendapat aku.

Sekian lama...

waaa lamanya tak tulis dalam ni...aku pun dah telupa. Hampir setahun, macam-macam aku dah buat, macam-macam aku dah fikir, tapi satu pun aku tak tulis dalam blog ni, sangat merugikan betul... aku rasa aku nak start tulis balik, bermula dari sekarang..1..2..3.. GO!