Thursday, November 23, 2006

Raja dan Kerajaan Membuat Pilihan

Hidup ini adalah membuat pilihan, buat keputusan. Siapa yang buat pilihan, siapa yang buat keputusan? Siapa menjadi raja, dialah pemilih, dialah pemutus... Hidup kita, kitalah raja... tetapi sejuah mana keRajaan kita untuk memilih dan memutus?

Raja itu berkuasa. Raja membuat keputusan atau Kuasa membuat keputusan. Raja tetapi tiada Kuasa buat keputusan adakah itu Raja? Siapa Raja? Siapa Kuasa?

Dari mana datangnya kuasa? Mungkin dari Permaisuri, Permaisuri yang berkuasa, Permaisuri Queen Control. Mungkin dari rakyat, rakyat yang berkuasa, Dewan Rakyat. Benarkah rakyat yang berkuasa? Orang kebanyakan? Mungkin atau memang sebenarnya Tuhan yang berkuasa, Tuhan yang berikan kuasa, kalau tuhan berikan kuasa makanya, kuasa pemutus, kuasa memilih mestilah mahu ikut kehendak Tuhan. Tapi, bagaimana mahu tahu itu kemahuan Tuhan? Setelah selesai diri kita membuat keputusan? Jawapannya nanti, sudah takdir Tuhan... dah nasib kita begini... tuhan nak tunjuk...

Jadi bagaimana mahu tahu kehendak tuhan sebelum kita buat keputusan? Mungkin sudah tertulis di Al-Quran... Atau mungkin dari Hidayah Tuhan... Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku petunjuk untuk membuat keputusan... Ku tidak tahu, mahu kehilir atau ke hulu, menongkah arus atau mengikut arus, menjadi biasa atau luar biasa, mahu melepasi awan atau duduk sahaja dibumi, ku tidak tahu adakah yang aku mahu itu adalah kehendakmu Tuhan... Aku mahu hidup, aku mahu hidup berkuasa memutus mengikut kehendakMu...

No comments: