Tuesday, November 17, 2009

Lebah dan Labah-Labah

Al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


Al-Ankabuut ayat 41:

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Kita lihat resmi lebah, Allah menunjukan kepada lebah untuk mendirikan rumah kediaman mereka di tempat yang tinggi dan tidak mudah diganggu. Diarahkan lebah-lebah ini untuk keluar mencari makan dan sentiasa mengikut aturan yang telah ditentukan. Itulah kerja seharian lebah mencari makanan untuk koloni masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada luar.

Manakala, resmi labah-labah mencari makan adalah dengan membuat sarang secara bergantungan dengan banyak tali ikatan. Sekiranya salah satu tali pengikat itu terputus, maka ranaplah sarang labah-labah itu dan gagallah usaha untuk mendapatkan makanan. Bermaksud? labah-labah memerlukan sokongan lain untuk mendapatkan makanan. Dia perlukan banyak tali untuk bergantung dan memerangkap mangsa.

Itu lah perbezaan antara yang hak dan yang batil. Satu boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan, dan satu lagi perlukan bantuan dan bergantungan dengan banyak tali.

Yang satu itu sistem Allah dan yang satu lagi Sistem Syirik (perlukan perkara lain untuk berjaya).

Kalau kita betul-betul mahukan tegakkan Sistem Allah, kita tidak boleh bersekutu dengan fahaman lain. Boleh ke parti Islam bersekutu dengan parti Toghut untuk tegakkan Islam??

No comments: